Halaman

03 Februari, 2013

Renungan Bersama

Setiap insan inginkankan kegembiraan dan kebahagian dalam kehidupan, namun disebalik semua itu terselik sedikit ujian & cabaran utk m'harungi liku-liku kehidupan yg penuh dgn onak duri. Sebagai manusia kita tdk akan t'lepas drp semua itu malahan kita sendiri akan m'hrunginya dgn pelbagai cara. Oleh itu, kita harus bermuhasabah diri & dan sabar dgn setiap apa-apa ujian yg bakal dtg. 
"SETIAP UJIAN DAN CABARAN ITU, AKAN ADA HIKMAHNYA NANTI"

KENAPA AKU DI UJI ? ?

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?"
[SURAH AL-ANKABUUT : AYAT 2]

Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta. 
[SURAH AL-ANKABUUT : AYAT 3]


KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU
IDAM-IDAMKAN ? ?

Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.
[SURAH AL-BAQARAH : AYAT 216]


KENAPA UJIAN SEBERAT INI ? ?

Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir".
[SURAH AL-BAQARAH : AYAT 286]



KENAPA RASA KECEWA ? ?

Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman.
[SURAH AL-IMRAN : AYAT 139]



BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA ? ?

whai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan). 
[SURAH AL-IMRAN : AYAT 200]

Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk;
[SURAH AL-BAQARAH : AYAT 45]


APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI ? ?

Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar. 
[SURAH AT-TAUBAH : AYAT 111]


KEPADA SIAPA AKU BERHARAP ? ?

Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (wahai Muhammad): "cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai Arasy yang besar."
[SURAH AT-TAUBAH : AYAT 129]

Sesungguhnya, aku manusia yang lemah, tak kuat tetapi aku cuba kuatkan hati kerana aku percaya Allah sentiasa denganku. Bisikan dan kata-kata manusia yang mengikut arus dunia melemahkan semangat untuk berubah.