Halaman

09 Februari, 2013

Jodoh Itu Milik Kita

" Kita tidak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai kerana kita akan berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah tetapkan sejak azali... "

Jodoh Itu Milik Kita
Siapa sangka itulah yang tersurat buat Dahlia dan Aariz Danial. Ikatan suci yang tercipta antara mereka bukanlah kerana cinta yang menggebu dalam hati, mahupun kasih yang membara. Tetapi kerana sikap mementingkan diri seorang manusia bernama Syafiq.
" Janganlah suka sangat kacau saya, Aariz. Tak larat nak layan perangai awak tu, tau. Nakalnya, ya ampun!!" - Dahlia

" Okeylah, okeylah, Just kidding. Dahlia Darius bukan isteri baru yang saya beli. She's a gift. Hadiah paling istimewa yang dihadiahkan Allah untuk saya. Puas hati?" - Aariz Danial

" Aku takkan biarkan kau bahagia, Aariz Danial! Kebahagian yang bernama Dahlia itu... akan aku rampas sekejam mungkin " - Syafiq

Tatkala persoalan demi persoalan mula timbul di sebalik tulusnya seorang lelaki yang bernama Aariz Danial, mampukah Dahlia terus teguh berdiri mempertahankan cinta buat suami sendiri? Atau mungkinkah mahligai bahagia mereka rebah menyembah bumi sebelum ianya sempat bermula? apakah akhirnya Syafiq yang akan tersenyum puas tatkala melihat kehancuran seorang lelaki yang paling dibenci... iaitu abangnya sendiri?

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

          Sungguh ! Dahlia punya kuasa istimewa untuk menzahirkan sifat yang tersembunyi  dalam dirinya. Isteri itu tidak perlu langsung mencuba untuk mengubahnya, sebaliknya tanpa sedar dirinya sendiri yang bertukar menjadi Aariz Danial yang baru.
          Kadangkala terbit rasa takut dalam diri Aariz dengan dirinya yang baru itu, dirinya yang seakan-akan penuh dengan kegembiraan dan kebahagian. Bagaimana kalau-kalau kebahagian ini hanyalah persinggahan semata-mata? Yang tiba dalam kehidupannya umpama mimpi dan bila dia tersedar dari lena panjang, kebahagian itu sebenarnya tiada di sisinya? Kemudian dia akan kembali kepada kehidupannya yang dahulu? Yang kosong tanpa rasa, yang penuh dengan kenangan pahit yang sentiasa menghantuinya.
          Dan juga..... Bagaimana kalau Syafiq benar-benar kembali? 
          Mengingatkan usahanya yang tidak henti-henti mencari adiknya itu, Aariz sedikit yakin bahawa pencarian itu akan berakhir tidak lama lagi. Syafiq akan kembali dalam kehidupan mereka, menjadi sebahagian daripada mereka.
          " Apa agaknya reaksi Syafiq kalau dia tahu yang aku dah kahwin dengan tunang dia? " Aariz tertanya-tanya sendiri. " Apa akan jadi dengan aku dan Dahlia? "
          Terbayang di mata Aariz wajah manis isterinya. Perlahan Aariz mengeluh.
          " Tapi, Lia memang bukan untuk aku. Dia untuk Syafiq. Wanita sempurna macam Dahlia deserves someone better, much better than me.  Aku... aku tak layak untuk dia." Aariz menyambung lagi monolognya.
          Namun setiap bait bicara itu seakan-akan menusuk hatinya, menghadirkan rasa terluka yang sangat dalam. Aariz sedar dia sebenarnya membohongi dirinya sendiri. Walaupun mulutnya seringkali mengatakan bahawa Dahlia untuk Syafiq, namun hatinya tidak dapat menerima kata-kata itu.
          Aariz sedar hatinya mahukan Dahlia. Ya! Dia mahukan isteri yang tiba-tiba hadir dalam kehidupan dan hatinya itu.

Untuk mengetahui kisah selanjutnya, dapatkan Novel Jodoh Itu Milik Kita. :D
Memang besstt sangat2..