Halaman

10 Februari, 2013

Kau Ditakdirkan Untukku

Kenangan lama didalam hidupnya telah menutup pintu hati Akmal Ikram untuk bercinta lagi, namun pertemuan dengan Nuranis Fatihah membuatkan hatinya mula goyah. Dia mula tertarik dengan keperibadian yang ada pada gadis itu.
Kelembutan dan kenakalan Nuranis Fatihah sering mengusik hati Akmal Ikram. Sejak itu, hatinya mula terpaut. Wajah yang sentiasa dihiasi senyuman indah itu sering menggamit kerinduan di hatinya.
Akmal Ikram berasa sangat teruja tatkala perancangan keluarga ingin menjodohkannya dengan Nuranis Fatihah. Namun sebaliknya bagi Nuranis Fatihah yang berpegang pada prinsip perkahwinan yang terbina bukan atas dasar cinta tak akan membawa bahagia. Bak kata pepatah, terlajak perahu boleh di undur terlajak kata badan yang menanggungnya. Kerana tidak sampai hati untuk menghampakan harapan Datin Kamariah, tidak terluah kata penolakan di bibirnya. Bermula saat itu, Akmal Ikram mula berazam untuk menawan hati Nuranis Fatihah.
“ Kenapa awak tak terus terang aje ? Tadi bukan main berani lagi nak berterus terang sendiri.   Sampai nangis²,” sindir Akmal Ikram tersengih nakal.
 “ Bos jangan sebut pasal tu lagi boleh tak !” bidas Nuranis Fatihah geram.

Kemunculan Farah Hanim telah menggugat kepercayaan Nuranis Fatihah terhadap Akmal Ikram. Apatah lagi fitnah yang ditabur oleh Farah Hanim di ambang perkahwinan mereka menyukarkan lagi keadaan. Apakah yang akan terjadi pada perkahwinan mereka nanti ? mampukah Akmal Ikram memenangi hati gadis idamannya di saat dia bergelut dengan perasaannay sendiri ?

Kau Ditakdirkan Untukku
 Nuranis fatihah hanya berserah saja apa yang akan berlaku nanti. dia hanya memerhati Akmal Ikram berbincang dengan pemain-pemain di situ. Berdebar dada Nuranis Fatihah bila Akmal Ikram mula mengambil tempat dihadapan piano. Tika itu sempat Akmal Ikram mengalih pandangan pada Nuranis Fatihah seraya tersenyum.

Muzik mula dimainkan. Terpukau Nuranis Fatihah mendengar suara Akmal Ikram mengalunkan lagu 'take me to you heart' dari Micheal learn to rock. Lincah jari-jemari Akmal Ikram memetik piano seperti sudah biasa gayanya.

Hiding from the rain snow
Traying to forget but I wont's  let go
Looking at a crowded street
Listening to my own heart beat
So many people all around the world
Tell me where do I find someone like you girl
Take me to your heart take me to your soul
Give me your hand before I'm old
Show me what love is - heaven't got a clue
Show me that wonders can be true

Tepukan gemuruh dari penonton menyedarkan Nuranis Fatihah dari terus terpaku merenung Akmal Ikram. Dilihat Akmal Ikram memberi tunduk hormat sebagai tanda terima kasih. Tidak menyangka Akmal Ikram mempunyai bakat terpendam, alunan lagu amat bersesuai dengan suaranya. Akmal Ikram melangkah menghampirinya. Nuranis Fatihah sudah membetulkan duduk. Serba tidak kena pula jadinya. Apa kena dengan aku ni ? Gemuruh semacam aje ni.
"Macam mana, okey tak?" tanya Akmal Ikram sebaik melabuhkan punggung di sofa.
"Ehem... tak sangka bos ada bakat terpendam ye," puji Nuranis Fatihah tersenyum lebar.
"Tak adalah... sekali sekala main nak lepas tension," nafi Akmal Ikram merendah diri. 
"Melalui lagu juga boleh menyampaikan mesej atau meluahkan perasaan kita pada seseorang," sambung Akmal Ikram. 
"Tadi bos nyanyi untuk yang mana satu? tanya Nuranis Fatihah ingin tahu. 
"Saya rasa lebih kepada meluahkan perasaan kut." Jawab akmal Ikram lantas merenung ke dalam mata Nuranis Fatihah sambil melemparkan senyuman yang cukup menawan.

Nuranis Fatihah terkedu. Dia cuba mengukir senyuman bagi menyembunyikan rasa tidak keruannya. Pandangan Akmal Ikram mengundang debaran di dada. Kelu lidahnya, tidak tahu bagaimana untuk berbicara. Nuranis Fatihah melarikan pandangan ke arah pentas. Kenapa tiba-tiba perasaan malu menerpa dirinya? Bukan dia hendak perasan, tetapi renungan Akmal Ikram tersirat seribu makna.

Tanpa Nuranis Fatihah sedari, Akmal Ikram terusan merenungnya. Fahamilah Nuranis Fatihah, hatiku sudah mula terpaut padamu. Keperibadianmu mempersonakanku. Pemikiranmu mengagumkanku. Adakah hatimu sudah dimiliki? Ingin sekali aku lontarkan hasratku ini. Tetapi aku tahu terlalu awal untuk ku luahkan.