Anak Soleh & Solehan harapan IbuBapa |
1. Apabila keduanya memanggil maka anak harus segera menyahut dan hadir kepadanya.
3. Bercakaplah dengan keduanya dengan gelaran yang
mulia.
4. Anak mestilah berbicara dengan lemah lembut
terhadap keduanya, jangan sesekali mengkasarinya atau
berlaku biadap.
5. Sentiasa merendahkan suara bila bercakap dengan
keduanya.
6. Bila keduanya menyuruh untuk melakukan sesuatu maka anak harus melaksanakannya dengan penuh taat
selama suruhan itu tidak
berupa maksiat. Jika suruhan itu berupa maksiat sekalipun maka tolaklah dengan
penuh
rasa hormat dan meminta maaf.
7. Bila berjalan bersama mereka maka anak harus
berada di belakangnya.
8. Bila keduanya memerlukan layanan maka anak
harus melayaninya dengan penuh rasa hormat walaupun
kadang kala ibu bapa tidak
berlaku adil diantara anak-anaknya.
9. Sentiasa merendah diri bila berada di hadapan
keduanya dan cuba untuk menggembirakan hati mereka.
10. Bila anda hendak keluar rumah atau ke mana
sahaja maka beritahulah keduanya dan mintalah izin.
11. Jangan memasuki bilik tidur kedua orang tua
kita sebelum meminta izin terlebih dahulu.
12. Bila keduanya memarahi ataupun memukul kita
maka terimalah ini sebagai satu hukuman dan jangan
menunjukan sifat kebencian
atau marah kita kepada keduanya.
13. Bila ibu bapa memerlukan kepada pakaian maka
anak harus memnyediakan sekadar kemampuan.
14. Bila ibu bapa memerlukan kepada makanan maka
anak harus memberinya sekadar kemampuan.
15. Setiap kali anda membuatkan mereka merasa
sedih atau dukacita maka segeralah menyesal diatas
keterlanjuran tersebut serta
segera memohon kemaafan.
16. Jika anda sedang solat sunat tiba-tiba
keduanya memanggil maka berhentilah dari solat dan sahutlah
seruan mereka
walaupun seruan itu tidak ada perkara yang penting.
17. Anak mestilah rela terhadap keduanya sebagaimana
ia merasa rela terhadap dirinya sendiri.
18. Jangan terlalu melebihkan isteri/suami dari
kedua orang tua.
19. Setiap kali berdoa anak mestilah mendoakan
akan keampunan Allah terhadap kedua ibu bapanya dan
berusahalah dengan amalan
yang soleh mengikut kemampuan sendiri.
20. Sekiranya keduanya telah meninggal dunia maka
tinggikanlah martabat dan kemuliaan mereka, bayarlah
hutang piutang yang masih
ada dan berbuat baik serta hormatilah terhadap sahabat-sahabat keduanya.
21. Jika mereka ada meninggalkan wasiat maka
tunaikanlah wasiat itu mengikut kemampuan anda.